Tutorial : Buang powered by blogger




Assalamualaikum. Hari ni Kamamimi nak buat tutorial lagi. Kalau korang perasan, setiap blog ada tertulis perkataan 'powered by blogger' kan di bawah blog. [kecuali yang pakai blogskin atau dah remove] Macam ni :



Okay, yang sebenarnya ayat tu boleh dibuang. Jom terjah sama-sama.

First :
Dashboard >  Template > Edit HTML

CTRL + F [Find]

<b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution'>

Nampak tak tulisan warna biru 'true' tu? Haa boleh ditukar kan jadi false. Macam ni :


<b:widget id='Attribution1' locked='false' title='' type='Attribution'>



Tak siap lagi tau!
Next step :
dashboard > Layout > Attribution [bawah sekali] > Remove


Save Arrangement! Dan view blog korang. Dah hilang.


KEMUNCUP, KASUT & SEPASANG BAWAL (2)

   


  Sambil mengajar Syira berlawan kemuncup, Farzi mencuri-curi pandangan ke arah mata Syira.
Mata yang bulat, berkilau seakan-akan segala perasaan gembira, sedih dan memerlukan, alahai semuanya terkandung dalam iris Syira, pelajar perempuan yang paling jelita sekolah tersebut pada pandangan hati Farzi.
        
Kali pertama bermain, kelihatan Syira masih keliru tentang permainan tersebut namun dia masih ingin mencuba. Farzi pula terpinga-pinga, risau kalau wajah Syira berubah seakan-akan tidak berminat dengan permainan tersebut. Risaunya Farzi sehinggakan tangan menggigil memegang pohon kemuncup tersebut. Dia lebih merisaukan jika tidak berpeluang lagi selepas ini untuk meluangkan masa dengan Syira.

Sesaat sepintas lalu, setelah berentap antara dua kemuncup, kelihatan lesung pipit muncul dari pipi Syira dengan jelas menandakan dia menikmati permainan tersebut. Biar tidak keluar sedikit suara sekalipun, senyuman Syira ibarat segalanya buat si Farzi.

Farzi menahan senyuman itu lantas terus bermain dengan kemuncup tersebut.

"Tikkk!!"

Kelihatan salah satu pohon kemuncup itu telah putus.
Yang terputus itu merupakan kemuncup yang dipegang Syira. Namun dengan lantas
Farzi menyampuk terus.

"Oh! Sorry, tertarik kuat sangat kemuncup tu, sepatutnya awak yang menang.."

Sambil tersengih, Farzi cukup resah jika Syira menarik pandangannya, namun yang dibalas
merupakan satu senyuman kecil yang kemudiannya menjadi satu ketawa sederhana.
Farzi cukup gembira, lalu bermulalah perbualan antara mereka. Petang itu mereka berbual
tentang pelajaran, unit beruniform dan serba sedikit tentang peribadi Syira.
Syira walaupun kelihatan pendiam, namun mulutnya tidak jemu melayan pertanyaan
si Farzi, lelaki yang bersungguh-sungguh ingin mengetahui latar belakang
kehidupan Syira.

"Mana Alya? Lambatnya.." tanya Syira kepada Farzi.

Syira memeriksa telefon bimbit berjenama Siemens itu, kemudian membelek
mesej ringkas yang telah lebih kurang sepuluh minit dihantar.
Kelihatan tertera nama Alya pada ruangan mesej tersebut, rupa-rupanya Alya
telah lama tiba di asrama menunggu kepulangan Syira.

************************************************************************

Azan berkumandang, maka bersurailah perbualan mereka.

"Syira.. Kita jumpa lain kali ya.. Maghrib dulu" dengan lembut kata yang keluar dari mulut Farzi.

"Assalamualaikum" balas Syira.

"Baik, waalaikumsalam" balas Farzi.

Dengan senyuman yang tidak tahan ingin mencurah-curah dari wajah Farzi, dia
memulakan langkah pulang ke asrama sambil berangan-angan seperti petang itu merupakan
keinginan buat selamanya.

Sedang dia berjalan lebih kurang dua tiga langkah, terdengar satu suara kecil.
Sura lembut yang keluar dari bibir seorang yang sudah semestinya selembut suara tersebut.
Suara yang selembut bibir seorang wanita, dengan nafas yang sedang-sedang
dan asyik, suara itu yang kedengaran.

"Farzi.."
"Esok kita Maghrib dekat Masjid ya" ajak Syira.

Seperti biasa, wajah farzi kelihatan tenang sambil mengangguk kepala, namun dalam hati
seperti seorang kanak-kanak mendapat gula-gula. Melompat-lompat dalam kegembiraan.

Suamiku Stalker [1]




"Assalamualaikum.."

Kaget.

♡ Boleh tak aku nak jawab dalam hati je?

"Dosa tau tak jawab orang bagi salam. Memberi salam tu sunat tapi menjawab salam itu wajib."

♡ Peh. Dia ceramah pula kat aku. Aku dah jawab lah.

"Em..wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

"Seorang je?"

♡ Dia ni dah kenapa. Tak tahu ke aku taknak layan dia.

"Ada kawan ni kat sebelah. Tak nampak ke?"

"Aii..bergurau...."

"Saya kena pergi. Assalamualaikum."

**********************************

Perbualan tidak sampai seminit itu akhirnya berjaya membuat Adam tidak keruan. Entah macam mana hatinya terpaut pada seorang gadis yang bersahaja santainya. Sedang dia asyik memerhatikan siswazah-siswazah mengambil angin petang di Tasik Fatimah itu, kelihatan seorang gadis sedang ralit bermain sudoku. Berkerut tidak. Senyum pun tidak. Tidak beriak kelihatannya. Tewas dengan permainan teka-tekinya, Adam menyusun langkah mendekati gadis tersebut.

"Hah! Berangan! Tersengih sorang-sorang ni. Awek mana pula kali ni?"

Adam merengus geram.

❤  Kacau daun betul lah. Aku baru nak layan perasaan.

"Kau tak boleh eh tengok aku happy sekejap?"

"Kau fikir apa ni? Dok senyum sorang-sorang."

Adam bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhu dan bersedia untuk tidur.

"Bro, tak jawab soalan aku."

Adam mengambil sebiji bantal dan menekup telinganya. Rimas!

*********************************

"Tasha! Kenapa kau tak datang tadi? Penat aku tunggu kau. Hampir sejam. Nasib baik aku bawa sudoku, kalau tak memang kebosanan lah aku. Sudah lah handphone aku tertinggal dalam bilik."

"Haa aku baru nak tanya kenapa kau tak balas whatsapp aku. Sorry la budak-budak ni whatsapp aku suruh jumpa Sir Ku Naim. Itu yang aku tak tolak tu. Haha kau tau kan Sir Ku Naim tu je yang berjaya buat hati aku cair."

"Yela....Aku maafkan kau. Tutup suis lampu tu, aku nak tidur. Good night."

Makin dilayan makin menjadi. Tasha oh tasha.


Sincere by, 
cahaya

Tutorial : Masukkan smiley comel dalam CBOX


Comel tak kak ton? Ok takde kaitan.


Oleh kerana bila Kamamimi blogwalking dan nak tinggalkan sesuatu di CBOX para blogger, smiley semua sama. Sedih. Hihi. Jom tambah dan buang smiley baru.

First thing ever yang kena buat of course lah login. Login CBOX cecepat.



Option > Smilies


Arrow :
Merah : Gambar smiley anda.
Pink : Yang ini wajib. Suka hati korang nak letak apa.
Purple : URL smiley.
Oren : Kalau dah bosan, sila tekan 'x' untuk delete.

Save!

Siap!
Tak perlu nak ambil kod baru. Semudah A B C je.


Freebies : smiley cbox




Kamamimi kutip dari google je.
Ini versi ayat punya.





[Right click  Copy image URL]
Cara masuk dalam CBOX. SINI

KEMUNCUP, KASUT & SEPASANG BAWAL [1]

Kemuncup #1



"Jom.?"
"Apa?"
"Ni haa.."

Terhulur dua pohon kemuncup oleh Farzi kepada Syira. Mereka berkenalan Sekolah Menengah, peringkat menengah atas ketika masing masing menyertai Persatuan Unit Beruniform.

Awal perkenalan mereka cuma sekadar kenalan bertegur sapa sebagai ahli persatuan sebelum perkenalan itu berkembang menjadi satu persahabatan. Farzi, Syira dan Alya. Alya merupakan sahabat kepada Syira, juga merupakan rakan sekelas manakala Farzi dari jurusan Sains Kejuruteraan.
Mereka merupakan pelajar menengah atas Sekolah Menengah Sains Kuala Beras, sekolah berasrama penuh yang pernah suatu ketika menempah nama sebagai sekolah cemerlang.

Sejak menyertai Persatuan Kadet-kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Farzi sering hadir awal petang. Dari hujung ekor mata, dia menjeling ke hujung barisan penanda, wajah Syira dengan senyuman sederhana bergurau dengan Alya sebelum masuk baris. Ternyata jelas Farzi telah mengelamun seolah dinodai buaian pemikiran, hati mula berputik seolah setiap petang pelangi mencurah d hadapan iris mata.

Hari demi hari, Farzi sering mengelamun sehinggakan bahu yang ditepuk oleh teman sebiliknya Iwan tidak disedari.

Timbul langit pemikiran dari Farzi untuk mengenali Syira lebih rapat. Langkah yang diambil adalah dengan berhubung menerusi Alya. Alya seolah seorang teman yang juga penjaga kepada Syira sehinggakan setiap apa yang dilakukan Syira, setiap tempat yang dia jejaki 'wajib' dengan kehadiran Alya. Sudah tentu segala rahsia dan masalah Syira hanya di hujung jari, seakan-akan Alya dan Syira berkongsi nyawa dan tubuh.

Petang itu bermulalah perbualan antara Alya dan Farzi ditemani anak-anak kucing berlari menyelinap di bawah meja cafeteria sekolah. Alya menceritakan setiap perkara tentang Syira, cukup sekadar mana yang Farzi perlu tahu sebagai persediaan sebelum langkah seterusnya.

Langkah apakah itu?

Secara jelas terbukti bahawa Farzi tidak lari dari perasaan yang membuak buak dengan cinta yang belum tahu cinta itu hanya sekadar kepuasan hati atau melangkau jauh dari sekadar cinta. Maka langkah seterusnya tidak lagi melalui sesiapa tetapi terus berdepan dengan Syira, pelajar perempuan sekolah yang tidak menonjol aktifnya, namun jika semua pelajar mengenalinya, mungkin sekali semua pelajar lelaki akan tertarik untuk memikat hatinya.

Syira yang berwajah cerah dengan bentuk muka yang bulat mempunyai mata yang yang sedang sedang bulat membuatkan dia menjadi seorang gadis yang menjadi ikutan hati Farzi. Tambah lagi Syira merupakan pelajar Akaun yang pandai dan mempunyai suara yang tidak nyaring dan tidak juga lantang. Malah cukup sempurna buat hati Farzi penuh dengan harapan.

Petang itu, Alya berjalan makan angin bersama Syira di kawasan parkir guru di sebelah taman rekreasi. Sedang berbual, Alya terlihat kedatangan Farzi dari hujung bukit sebelum memasuki kawasan taman rekreasi.

"Syira, aku nak pergi tandas. Muka aku berminyak, kau duduklah dulu", dengan gegas Alya memberitahu kepada Syira.

Syira duduk di atas pangkin menunggu Alya, sementara itu Farzi berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Syira dari belakang. Ternyata ini sebuah rancangan mereka berdua supaya Farzi berpeluang berjumpa dengan Syira.

Rasa gelisah menguasai hati Farzi, tangan erat menggenggam buku tapak tangan sehinggakan bentuk kuku boleh terlihat di tapak tangan. Fikiran Farzi tiba-tiba kosong seolah hanya sebuah kotak hitam terkandung dalam fikiran Farzi.

Langkah demi langkah menuju ke gadis idamannya, jantung semakin kencang berdegup seolah setiap langkah menjadi kecil dan semakin membelok patah semula ke asrama lelaki. Namun usaha itu tetap diteruskan. Beberapa langkah sebelum mendekati Syira, tiba tiba Syira menoleh pandangan menghadap ke belakang. Tolehan itu dengan perlahan lahan setelah menyedari kehadiran seseorang dari belakang gadis tersebut.

Tidak disangka akan tolehan itu, Farzi dengan spontan mencapai kemuncup yang panjang itu seolah seperti ingin berpatah balik, gelisah namun ingin meneruskan langkah. Kemuncup yang dicapai asalnya sebagai satu kepalsuan situasi seolah Farzi secara tidak sengaja bertembung dengan Syira ketika Farzi bermain dengan kemuncup.

Bermain? Siapa pernah bermain dengan kemuncup?

Timbul satu idea yang kurang bijak namun masih boleh dicuba dari kotak pemikiran Farzi apabila mencapai kemuncup tersebut.

"Farzi..", sehalus teguran seolah berbisik, namun nada itu lebih tinggi dari bisikan terkeluar dari mulut gadis jelita tersebut.

Secara spontan, Farzi mencapai pohon kemuncup dan beri kepada Syira secara tidak sengaja kerana kegelisahan yang menguasai diri.

"Jom?", perkataan pertama yang terkeluar dari keluan lidah Farzi.

"Jom?"
"Apa?"
"Ni haa.."

Sambil memberi sepohon kemuncup, Farzi menarik sepohon lagi dan mengajak Syira berlaga kemuncup sambil mengajarnya bagaimana untuk bermain.


Tutorial : Centerkan post title dan sidebar




Dashboard > Template > Edit HTML

Sidebar


CTRL + F [Find]
h2 {

Paste SELEPAS / BAWAH kod yang dicari tadi

text-align:center;

Post title


CTRL + F [Find]
 h3.post-title { 
atau
h4 {

Paste SELEPAS / BAWAH kod yang dicari tadi

text-align:center;

Tutorial : Letak background di sidebar sekali di post



INI TUTORIAL KAMAMIMI CARI SENDIRI! 

1. Dashboard > Template > Edit HTML

2. CTRL F [Find]

h2 {

Bawah sikit ada perkataan :

.main-inner {
3. Copy ini dan paste SELEPAS / BAWAH kod di atas
border:2px solid #000000;
background:url("URL IMAGE");
  padding-top: $(main.padding.top);
Macam ni :


4. Preview. Kalau tak ada error, save! 

Contoh :


MiniGA by Nazirahyerr


HADIAH :
Keychain Sarawak x1 
Keychain Melaka x1 
Keychain + klip x2 
Topup RM10 x2 
Mini coach bag+klip rambut x3 
Handmade klip x4

Kamamimi nak join banyak-banyak segmen yang blogger anjurkan..

3000 followers giveaway



Secara rasminya, giveaway ini dianjurkan oleh Nadratul Syazwana dengan kerjasama Nana Ameer, Norihan Yusof, Khairunnisa Hassan, Ayue Idris, Emi Amira, Miera Shafie, Annie de Yantie, Asha Hana, Nurul Imaniah, Farhana Ibtisam, Sya Nissa, Izwani Eliyana, Stylez Store House, Alsa Haslinda  dan Etique 

Tamat : 21 oktober 2014

Contest Blog Comel By: Shedaucu


(Sape Nak Join Tekan Banner Atas)

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu  Di Anjurkan Oleh Sheda Ucu 
 Bermula 15 september  hingga 15 oktober Dengan Penaja Bersama