Mata yang bulat, berkilau seakan-akan segala perasaan gembira, sedih dan memerlukan, alahai semuanya terkandung dalam iris Syira, pelajar perempuan yang paling jelita sekolah tersebut pada pandangan hati Farzi.
Kali pertama bermain, kelihatan Syira masih keliru tentang permainan tersebut namun dia masih ingin mencuba. Farzi pula terpinga-pinga, risau kalau wajah Syira berubah seakan-akan tidak berminat dengan permainan tersebut. Risaunya Farzi sehinggakan tangan menggigil memegang pohon kemuncup tersebut. Dia lebih merisaukan jika tidak berpeluang lagi selepas ini untuk meluangkan masa dengan Syira.
Sesaat sepintas lalu, setelah berentap antara dua kemuncup, kelihatan lesung pipit muncul dari pipi Syira dengan jelas menandakan dia menikmati permainan tersebut. Biar tidak keluar sedikit suara sekalipun, senyuman Syira ibarat segalanya buat si Farzi.
Farzi menahan senyuman itu lantas terus bermain dengan kemuncup tersebut.
"Tikkk!!"
Kelihatan salah satu pohon kemuncup itu telah putus.
Yang terputus itu merupakan kemuncup yang dipegang Syira. Namun dengan lantas
Farzi menyampuk terus.
"Oh! Sorry, tertarik kuat sangat kemuncup tu, sepatutnya awak yang menang.."
Sambil tersengih, Farzi cukup resah jika Syira menarik pandangannya, namun yang dibalas
merupakan satu senyuman kecil yang kemudiannya menjadi satu ketawa sederhana.
Farzi cukup gembira, lalu bermulalah perbualan antara mereka. Petang itu mereka berbual
tentang pelajaran, unit beruniform dan serba sedikit tentang peribadi Syira.
Syira walaupun kelihatan pendiam, namun mulutnya tidak jemu melayan pertanyaan
si Farzi, lelaki yang bersungguh-sungguh ingin mengetahui latar belakang
kehidupan Syira.
"Mana Alya? Lambatnya.." tanya Syira kepada Farzi.
Syira memeriksa telefon bimbit berjenama Siemens itu, kemudian membelek
mesej ringkas yang telah lebih kurang sepuluh minit dihantar.
Kelihatan tertera nama Alya pada ruangan mesej tersebut, rupa-rupanya Alya
telah lama tiba di asrama menunggu kepulangan Syira.
************************************************************************
Azan berkumandang, maka bersurailah perbualan mereka.
"Syira.. Kita jumpa lain kali ya.. Maghrib dulu" dengan lembut kata yang keluar dari mulut Farzi.
"Assalamualaikum" balas Syira.
"Baik, waalaikumsalam" balas Farzi.
Dengan senyuman yang tidak tahan ingin mencurah-curah dari wajah Farzi, dia
memulakan langkah pulang ke asrama sambil berangan-angan seperti petang itu merupakan
keinginan buat selamanya.
Sedang dia berjalan lebih kurang dua tiga langkah, terdengar satu suara kecil.
Sura lembut yang keluar dari bibir seorang yang sudah semestinya selembut suara tersebut.
Suara yang selembut bibir seorang wanita, dengan nafas yang sedang-sedang
dan asyik, suara itu yang kedengaran.
"Farzi.."
"Esok kita Maghrib dekat Masjid ya" ajak Syira.
Seperti biasa, wajah farzi kelihatan tenang sambil mengangguk kepala, namun dalam hati
seperti seorang kanak-kanak mendapat gula-gula. Melompat-lompat dalam kegembiraan.

No comments:
Post a Comment