Suamiku Stalker [2]


Suamiku stalker


"Tasha, bangun tasha. Kita dah lambat ni. Dah pukul 8 lah. Bangun Tasha!"


"Kau ni sibuk lah! Nak apa?"

"Kau boleh tanya aku nak apa? Cukup baik aku kejut kau tau. Kau nak sambung tidur pergi lah. Aku nak siap pergi kelas Sir Ku Naim! Bye!"

"Hah? dah pukul berapa ni?"

"Itu lah. Aku dah cakap jangan tidur lepas subuh. Tapi dengan aku aku kau hasut suruh tidur. Dah jom mandi. Lambat nanti budak-budak ni bising lah. Kau tahu jelah budak kelas kita tu. Aku segan dengan sir nanti."

"Ohh Si Ku Naim...."

"Woi, cepat lah!"

Kelam kabut Tasha mencapai bakul mandian yang serba pink itu dan berlari mengejar langkah Suraya. Ish minah klasik ni. Laju betul. Cool lah.

*********************************************************************************************************


"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam tuan puteri berdua."

Kesemua rakan kelas mereka menjawab serentak. Termasuk Kelas A dan B. Hari ini kuliah di Dewan Kuliah 4 menggabungkan 3 kelas sekaligus. Ah! Tak lain tak bukan mesti Sir Ku Naim yang dah pesan awal-awal kena kan kiteorang ni. Suraya hanya menundukkan kepala. Tidak berani untuk menatap mata-mata yang memandang ke arah mereka. Lelaki-lelaki sudah bersiul di belakang. Ada saja akal mereka. Siap korang ye, bisik Tasha. Tanpa sedar, Adam sedang ralit memandang sesusuk tubuh yang masih fresh diingatannya. Ya! Perempuan semalam!

"Semalam mimpi Putera Azri datang merisik ke Puteri Natasha oiy? Sampai bangun lambat ini hari ha ha ha"

Kini suasana makin meriah. Tasha kini giat ditertawakan oleh teman-temannya. Hatinya mendidih geram. Azri di pandang sinis.

"What a coincidence! Kenapa I tak pernah nampak dia selama ni? Damn!"

"Eh bro bro. Lu pesal. Kau cakap pasal siapa ni? Budak tiga suku tu? Ha ha ha"

"You kenal dia?"

"Siapa tak kenal dia bro? Perempuan paling kepoh batch kita lah. Takkan kau tak kenal?"

"That murai girl memang lah I kenal, yang lagi seorang tu. Tu tu."

Mulutnya yang sudah dimuncungkan dihalakan ke arah Suraya yang masih menunduk malu.

"Oh that girl Suraya. Why? Berkenan ke bro? Mimpi jelah. Dia takkan layan punya lah monkey macam kita ni ha ha ha. Ayie, look at your friend. Gila lah! Takkan lah budak klasik tu pun dia minat? What a taste, huh?"

Azri dan Ayie terus mentertawakan Adam yang dikira angau. Bagai pungguk rindukan bulan.

"Shhhh silent class! Puteri Natasha Emiliana Haji Anuar and Nur Suraya Abdullah, come here and sign your attendance. Next time don't be late. This is last warning. Lepasni kalau you all berdua lewat lagi I terus bawa ke pihak atasan."

Kelas yang tadi gamat dengan usikan nakal kini senyap bagai tiada orang. Hanya air-conditioner yang masih setia memberikan khidmat kedengaran berbunyi ligat memutarkan kipasnya.

"Aya, kau tengok lah monyet dekat hujung sana tu. Kalau kita yang lambat, bukan main lagi diaorang tu. Siap lah korang! Sir pun satu! Aku dah pesan banyak kali jangan sebut nama penuh aku. Hish pagi-pagi dah buat aku berangin. Nasib baik kacak. Kalau tak, vespa capuk kuning dia dah masuk tong sampah tau. huh!"

"Dah lah tu Tasha, tu Sir dah pandang tu. Kau ni tak habis-habis lah. Biarlah diaorang tu. Kau asyik nak gaduh dengan diaorang tu bukan kau dapat apa. Kau juga yang sakit hati. Lagipun memang salah kita pun sebab datang lambat. Jadikan pengajaran. Lepas ini kita kena datang awal sikit. Jangan tidur lepas subuh dah. Ingat tu."

Tasha akhirnya mengalah. Suraya kalau bab nak sekolah kan aku memang pandai. Buku di dalam beg dicapai. Tak apa, hari ini hari korang ye monkey urban! Penumbuknya dikepal dan sengaja diangkat tinggi supaya kumpulan monkey urban nampak. Azri dan Ayie yang perasan akan tindakan Tasha hanya mejelirkan lidah tanda kemenangan. Adam masih lagi tidak mengalihkan bebola matanya pada satu jasad yang bakal meniti kehidupan hariannya selepas ini. Nur Suraya Abdullah.

"Okay class. Today we will learn about ........."

Dua jam kemudian. Sir menamatkan kuliah pada hari itu dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih kifarah. kesemua pelajar berpusu-pusu meninggalkan Dewan Kuliah 4 untuk ke kelas seterusnya. Tasha dan Suraya berjalan bergandingan sambil membincangkan topik di kelas tadi yang Tasha kurang faham. Sesekali tangan Suraya di angkat dan dikibarkan bagi memudahkan Tasha memahami apa yang disampaikan.

"Ops sorry."

Suraya terperanjat lantas berpaling. Beg sandangnya sudah jatuh menyembah bumi. Terus dia menunduk untuk mencapai beg tersebut dan segera ingin berlalu. Tapi Adam pantas mencapai terlebih dahulu beg tersebut dan dihulurkan pada Suraya. Dengan pantas Tasha merampas beg tersebut.

"Bro! Old trick. You can try on other girls. Not my friend! Dahh Aya, jom kita pergi. Monyet macam ni kau tak payah nak layan sangat."



*****To be continued. Saja suka-suka nak menaip. Kbai!

1 comment: