KEMUNCUP, KASUT & SEPASANG BAWAL [1]

Kemuncup #1



"Jom.?"
"Apa?"
"Ni haa.."

Terhulur dua pohon kemuncup oleh Farzi kepada Syira. Mereka berkenalan Sekolah Menengah, peringkat menengah atas ketika masing masing menyertai Persatuan Unit Beruniform.

Awal perkenalan mereka cuma sekadar kenalan bertegur sapa sebagai ahli persatuan sebelum perkenalan itu berkembang menjadi satu persahabatan. Farzi, Syira dan Alya. Alya merupakan sahabat kepada Syira, juga merupakan rakan sekelas manakala Farzi dari jurusan Sains Kejuruteraan.
Mereka merupakan pelajar menengah atas Sekolah Menengah Sains Kuala Beras, sekolah berasrama penuh yang pernah suatu ketika menempah nama sebagai sekolah cemerlang.

Sejak menyertai Persatuan Kadet-kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Farzi sering hadir awal petang. Dari hujung ekor mata, dia menjeling ke hujung barisan penanda, wajah Syira dengan senyuman sederhana bergurau dengan Alya sebelum masuk baris. Ternyata jelas Farzi telah mengelamun seolah dinodai buaian pemikiran, hati mula berputik seolah setiap petang pelangi mencurah d hadapan iris mata.

Hari demi hari, Farzi sering mengelamun sehinggakan bahu yang ditepuk oleh teman sebiliknya Iwan tidak disedari.

Timbul langit pemikiran dari Farzi untuk mengenali Syira lebih rapat. Langkah yang diambil adalah dengan berhubung menerusi Alya. Alya seolah seorang teman yang juga penjaga kepada Syira sehinggakan setiap apa yang dilakukan Syira, setiap tempat yang dia jejaki 'wajib' dengan kehadiran Alya. Sudah tentu segala rahsia dan masalah Syira hanya di hujung jari, seakan-akan Alya dan Syira berkongsi nyawa dan tubuh.

Petang itu bermulalah perbualan antara Alya dan Farzi ditemani anak-anak kucing berlari menyelinap di bawah meja cafeteria sekolah. Alya menceritakan setiap perkara tentang Syira, cukup sekadar mana yang Farzi perlu tahu sebagai persediaan sebelum langkah seterusnya.

Langkah apakah itu?

Secara jelas terbukti bahawa Farzi tidak lari dari perasaan yang membuak buak dengan cinta yang belum tahu cinta itu hanya sekadar kepuasan hati atau melangkau jauh dari sekadar cinta. Maka langkah seterusnya tidak lagi melalui sesiapa tetapi terus berdepan dengan Syira, pelajar perempuan sekolah yang tidak menonjol aktifnya, namun jika semua pelajar mengenalinya, mungkin sekali semua pelajar lelaki akan tertarik untuk memikat hatinya.

Syira yang berwajah cerah dengan bentuk muka yang bulat mempunyai mata yang yang sedang sedang bulat membuatkan dia menjadi seorang gadis yang menjadi ikutan hati Farzi. Tambah lagi Syira merupakan pelajar Akaun yang pandai dan mempunyai suara yang tidak nyaring dan tidak juga lantang. Malah cukup sempurna buat hati Farzi penuh dengan harapan.

Petang itu, Alya berjalan makan angin bersama Syira di kawasan parkir guru di sebelah taman rekreasi. Sedang berbual, Alya terlihat kedatangan Farzi dari hujung bukit sebelum memasuki kawasan taman rekreasi.

"Syira, aku nak pergi tandas. Muka aku berminyak, kau duduklah dulu", dengan gegas Alya memberitahu kepada Syira.

Syira duduk di atas pangkin menunggu Alya, sementara itu Farzi berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Syira dari belakang. Ternyata ini sebuah rancangan mereka berdua supaya Farzi berpeluang berjumpa dengan Syira.

Rasa gelisah menguasai hati Farzi, tangan erat menggenggam buku tapak tangan sehinggakan bentuk kuku boleh terlihat di tapak tangan. Fikiran Farzi tiba-tiba kosong seolah hanya sebuah kotak hitam terkandung dalam fikiran Farzi.

Langkah demi langkah menuju ke gadis idamannya, jantung semakin kencang berdegup seolah setiap langkah menjadi kecil dan semakin membelok patah semula ke asrama lelaki. Namun usaha itu tetap diteruskan. Beberapa langkah sebelum mendekati Syira, tiba tiba Syira menoleh pandangan menghadap ke belakang. Tolehan itu dengan perlahan lahan setelah menyedari kehadiran seseorang dari belakang gadis tersebut.

Tidak disangka akan tolehan itu, Farzi dengan spontan mencapai kemuncup yang panjang itu seolah seperti ingin berpatah balik, gelisah namun ingin meneruskan langkah. Kemuncup yang dicapai asalnya sebagai satu kepalsuan situasi seolah Farzi secara tidak sengaja bertembung dengan Syira ketika Farzi bermain dengan kemuncup.

Bermain? Siapa pernah bermain dengan kemuncup?

Timbul satu idea yang kurang bijak namun masih boleh dicuba dari kotak pemikiran Farzi apabila mencapai kemuncup tersebut.

"Farzi..", sehalus teguran seolah berbisik, namun nada itu lebih tinggi dari bisikan terkeluar dari mulut gadis jelita tersebut.

Secara spontan, Farzi mencapai pohon kemuncup dan beri kepada Syira secara tidak sengaja kerana kegelisahan yang menguasai diri.

"Jom?", perkataan pertama yang terkeluar dari keluan lidah Farzi.

"Jom?"
"Apa?"
"Ni haa.."

Sambil memberi sepohon kemuncup, Farzi menarik sepohon lagi dan mengajak Syira berlaga kemuncup sambil mengajarnya bagaimana untuk bermain.


1 comment:

  1. Apa kesudahannya...? Permainan zaman kanak-kanak saya dulu.

    ReplyDelete